Pertandingan Bowling Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang

Pertandingan Bowling Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang

Pada 28 Februari 2015, Kelab Sukan & Kebajikan Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan pertandingan bowling tertutup di Ole-ole Superbowl Bowling Centre, Giant Kulim. Sebanyak 24 peserta individu dan 7 kumpulan telah mengambil bahagian. Matlamat pertandingan bowling adalah untuk menggalakkan penyertaan ahli-ahli Kelab Sukan & Kebajikan Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang di dalam acara sukan bagi memenuhi aktiviti tahunan serta mengeratkan silatulrahim. Di samping itu, ia dapat mendorong ahli kelab mewujudkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian sambil beriadah dan juga merupakan salah satu program keselamatan dan kesihatan Pekerjaan(Occupational Safety and Health Act(OSHA)). Melaluinya, aktiviti diharapkan agar ahli kelab dapat mewujudkan budaya hidup sihat berteraskan sukan bagi meningkatkan kecergasan diri dan kesihatan fizikal.

              a bcefghijk      

    l  Lambang P.Pinang (1) LOGO JPSMmoqr  logo botani