Client Charter
- Membuat keputusan mengenai sebarang permohonan perkhidmatan daripada jabatan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari bekerja dari tarikh menerima permohonan.
- Menyediakan maklumbalas teknikal dalam tempoh tidak melebihi satu (1) minggu hari bekerja dari tarikh menerima surat atau pertanyaan.
- Menjawab maklumbalas surat atau pertanyaan dalam tempoh tidak melebihi satu (1) minggu hari bekerja dari tarikh menerima surat atau pertanyaan.
- Memperbaharui tempoh lesen mengeluarkan hasil hutan atau lesen menjalankan kilang berasas kayu dalam tempoh tidak melebihi 10 minit bagi mereka yang memperolehi kelulusan dan telah membuat temujanji..
- Keputusan melanjutkan tempoh lesen mengeluarkan hasil hutan atau lesen menjalankan kilang berasas kayu dan permit penggunaan akan diberi dalam tempoh tidak melebihi satu (1) bulan sebelum tarikh tamat lesen.
- Lesen untuk mengeluarkan hasil hutan akan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi satu (1) minggu hari bekerja dari tarikh kelulusan diberi, setelah semua syarat kelulusan dipenuhi.
- Mengadakan program memandu lawatan ke hutan dan denai hutan sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun untuk orang awam.
- Menyemak sempadan luar Hutan Simpanan Kekal tidak kurang daripada 4 km setiap bulan
- Menghargai maklumat serta maklumbalas yang diterima daripada orang awam. Semua aduan kesalahan hutan akan diambil tindakan dalam masa tidak melebihi tiga (3) hari.
- Memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin serta layanan yang sebaik mungkin serta layanan yang mesra setiap masa.