MAJLIS SAINS PULAU PINANG
Inisiatif untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai pusat kecemerlangan kejuruteraan dan sains serta menggalakkan generasi muda untuk meminati bidang sains dan teknologi
PELAKSANAAN
- Dipandu sepenuhnya oleh pihak industri berdasarkan kepada 5 teras yang telah digariskan
- Ahli Majlis Sains Negeri Pulau Pinang termasuk syarikat multinasional dan ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia, Universiti Terbuka Wawasan, Universiti Tunku Abdul Rahman and Inti International University
5 TERAS MAJLIS SAINS NEGERI PULAU PINANG
- Pendidikan dan pembelajaran yang mapan untuk menghidupkan kembali minat dan kecenderungan generasi muda dan pelajar terhadap sains dan teknologi melalui bual bicara dengan usahawan yang telah menempa nama, pertandingan, kuiz dan pameran di Pulau Pinang. Diketuai oleh MOTOROLA MALAYSIA
- Melatih usahawan saintifik muda melalui bimbingan, peluang dan sokongan kewangan untuk mengkomersialkan idea dan ciptaan mereka. Diketuai oleh MINI CIRCUIT TECHNOLOGIES MALAYSIA
- Pengasuhan melalui pengwujudan Pusat Sains Teknologi untuk mempamerkan kejayaan Negeri Pulau Pinang dalam bidang penciptaan dan inovasi selama 35 tahun tempoh perindustrian bertujuan menggalakkan penciptaan dan inovasi baru. Diketuai oleh MALAYSIAN AMERICAN ELECTRONIC INDUSTRY
- Inovasi dan penyelidikan untuk meneruskan kesinambungan kelebihan daya saing sumber manusia di Pulau Pinang; Keupayaan Pulau Pinang sebagai sebuat pusat penyumberan luar, rantaian bekalan yang baik dan kemudahan penyelidikan dan inovasi termasuk pembiayaan untuk menggalakkan idea kreatif dan penciptaan baru. Diketuai oleh INTEL
- Sains hayat dan kesihatan perubatan bertujuan memupuk generasi muda untuk meminati bidang sains hayat dan menggalakkan sifat ingin tahu terhadap industri teknologi tinggi yang berpotensi di Pulau Pinang. Diketuai oleh BBRAUN
PENCAPAIAN
- Laman sesawang rasmi telah diwujudkan di alamat www.psc.org.my
- Di bawah Teras Pendidikan dan Pembelajaran yang mapan, terdapat beberapa program yang telah dijalankan iaitu :
- Pada 10 Apr 2010 - Pertandingan 'Mini National Research & Innovation Competition' (NRIC) bertemakan Sains dan Metematik yang disertai lebih daripada 60 buah sekolah.
- Pada 26-29 Mei 2010 - Pertandingan 'Mini National Research & Innovation Competition' (NRIC) bertemakan Sains Inovasi yang disertai oleh 20 pelajar tempatan dan 5 pelajar antarabangsa USM