Program Kempen Kesedaran Penanaman Pokok Bakau

PROGRAM KEMPEN KESEDARAN PENANAMAN POKOK BAKAU DI PESISIRAN PANTAI NEGARA TAHUN 2014 JABATAN PERHUTANAN NEGERI PULAU PINANG BERSAMA PUSPANITA JPN PULAU PINANG DAN PESERTA KEM PATRIOTIK DEMI NEGARA JABATAN PERPADUAN NEGARA DAN INTEGRASI NASIONAL DAERAH SPT

Tarikh :13 Disember 2014 (Sabtu)

Tempat : Kuala Sungai Burong, Hutan Simpan Balik Pulau

Perasmian oleh : Tuan Haji Roslee bin Jamaludin

Pengarah Perhutanan Negeri Pulau Pinang

Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Kempen Kesedaran Penanaman Pokok Bakau Di Pesisiran Pantai Negara Tahun 2014 bersama ahli PUSPANITA Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang dan Peserta Kem Patriotik Demi Negara Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Seramai 200 orang termasuk kakitangan JPN Pulau Pinang, ahli PUSPANITA JPN Pulau Pinang, peserta Kem Patriotik Demi Negara, pegawai Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Daerah SPT, Persatuan Kebajikan Nelayan-Nelayan Pantai Pulau Pinang (PIFWA) dan penduduk Kampung Sungai Burong telah mengambil bahagian dalam kempen kesedaran tersebut. Tema pada kali ini adalah “Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hutan Pesisir Pantai Untuk Kesejahteraan Masyarakat”.

Program dimulakan dengan acara Senam Seni Perpaduan dan seterusnya ucapan perasmian oleh Tuan Haji Roslee bin Jamaludin Pengarah Perhutanan Negeri Pulau Pinang. Sijil penghargaan telah diserahkan kepada Pengerusi PUSPANITA Puan Hajah Norlela binti Nordin dan Encik Othman bin Saad Pegawai Perpaduan Daerah Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang. Sebanyak 1,500 pokok Bakau Minyak (Rhizophora apiculata) telah berjaya ditanam sempena program tersebut. Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang juga menyediakan ruang pameran bagi menyampaikan maklumat berkaitan perhutanan kepada semua jemputan dan peserta program.

Program kempen kesedaran ini telah memberi peluang kepada semua jemputan dan peserta untuk merasai sendiri pengalaman menanam pokok Bakau Minyak dan seterusnya meningkatkan kesedaran tentang kepentingan hutan paya bakau kepada masyarakat setempat dan alam sekitar.

              a bcefghijk      

    l  Lambang P.Pinang (1) LOGO JPSMmoqr  logo botani