Dasar
- Pewartaan Hutan Simpanan Kekal
Untuk memperuntukan kawasan tanah yang mencukupi bagi Hutan Perlindungan, Hutan Berhasil, Hutan Lipur dan penyelidikan
sebagai Hutan Simpanan Kekal
- Perundangan Hutan
Untuk memastikan sumber alam dikekalkan dan diuruskan secara berkekalan melalui penguatkuasaan undang- undang hutan
yang kuat.
- Pengurusan Hutan Secara Berkekalan
Untuk menguruskan hutan melalui prinsip pengurusan hasil secara berkekalan bagi mencapai faedah sosial, ekonomi dan alam
sekitar yang sempurna
- Pemeliharaan dan Pemulihan Hutan
Untuk meningkatkan program pembangunan hutan melalui operasi berasaskan amalan- amalan sivilkultur yang sesuai.
- Pengusahasilan Hutan
Untuk mengalakkan cara- cara pengusahasilan yang cepat melalui rancangan dan pengusahasilan hutan ditetapkan bagi
keluaran berterusan
- Keluaran Dan Industri Hutan
Untuk mencapai keseimbangan yang rasional antara kapasiti keupayaan industri pemprosesan dengan sumber hutan.
- Penyertaan Bumiputera
Untuk menggalakkan penyertaan kaum bumiputera dalam lapangan perusahaan kayu sejajar dengan Dasar Pembangunan
Nasional Kerajaan.
- Ladang Hutan
Untuk menubuhkan ladang hutan bagi menampung bekalan kayu balak dari kawasan hutan asli serta mengaalakkan sektor
swasta dalam penubuhan dan pembangunan hutan
- Hutan Tani
Untuk mengalakkan penglibatan aktif masyarakat setempat dalam program Hutan Tani
- Pengeluaran Hutan Bukan Kayu
Untuk meningkatkan pengeluaran bagi menampung permintaan tempatan serta keperluan industri berasaskan kayu
- Pembangunan Tenaga Manuasia dan Latihan
Untuk menambah bilangan tenaga manusia yang terlatih bagi menampung keperluan hutan dan industri berasaskan kayu
- Penyelidikan Dan Perkembangan Hutan
Untuk mengalakkan perkhidmatan pengembangan, publisiti dan pendidikan hutan
- Pemeliharaan Kepelbagaian Hayat
Untuk melaksanakan program- program yang sesuai dan memelihara jenis- jenis flora yang unik
- Perhutanan Masyarakat, Rekreasi dan Pelancongan
Untuk menggubal program- program perhutanan masyarakat serta menyediakan kemudahan berekreasi dan pelancongan
- Nilai Kursus Saintifik
Untuk mewujudkan kawasan yang sesuai bagi tujuan pendidikan dan keperluan sains
- Kerjasama Antarabangsa
Untuk menjalinkan perhubungan dan kerjasama antarabangsa yang lebih erat bagi meningkatkan kefahaman dalam pengurusan dan pembangunanpembangunan Hutan- Hutan Tropika