Taman Rimba Bukit Mertajam

PENGENALAN

Kawasan Taman Rimba Bukit Mertajam yang berstatus hutan lipur ini dikenali juga sebagai Hutan Lipur Bukit Mertajam atau Cherok Tok Kun yang mempunyai keluasan lebih kurang 37.0 hektar dengan puncak tertinggi mencapai 545.0 meter dari aras laut. Taman Rimba ini masih mempunyai pokok-pokok dan tumbuhan asal seperti Meranti Seraya "Shorea curtisii" dan Meranti Rambai Daun "Shorea acuminata".

Di antara daya tarikan utama taman rimba ini lebih kepada aktiviti lasak seperti  pendakian bukit melalui " Jeep Track" atau denai hutan boleh dilakukan sehingga ke puncak bukit. Selain itu, acara "downhill mountain bike" juga memilih Taman Rimba Bukit Mertajam sebagai salah satu destinasi di bahagian utara semenajung Malaysia.

CABARAN HUTAN

Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di sini seperti beristirehat, berkelah dan mandi-manda. Di samping itu bagi yang meminati aktiviti pendakian yang memcabar ini melibatkan jarak 3.5km dari bawah dan akan mengambil masa melebihi 1 jam bagi pendaki bertaraf sederhana untuk sampai ke Stesyen 3. Sepanjang pendakian anda pasti dihiburkan dengan kicauan unggas, serangga eksotik serta dapat menikmati keindaha  pemandangan dari puncak. Kemudahan minuman disediakan di Steyen 3 oleh sukarelawan untuk keselesaan awam. Terdapat beberapa buah kolam mandi turut dibangunkan untuk orang awam bagi tujuan mandi-manda dihutan lipur ini.

BAGAIMANA HENDAK KE TAMAN RIMBA BUKIT MERTAJAM

Lokasinya adalah di kawasanBukit Mertajam, Seberang Perai Tengah. Lokasinya hanya 6km dari bandar Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Untuk sampai ke sana , pengunjung boleh menggunakan teksi dari bandar Bukit Mertajam kera tiada kemudahan bas ke dala kawasan ini.Bagi kenderaan persendirian yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan perlu keluar melalui Tol Juru, menuju ke bandar Bukit Mertajam dan kemudian menggunakkan jalan menuju ke Kulim. Koordinate GPS Taman Rimba Bukit Mertajam ialah 5.366735,100.483353

WAKTU BEROPERASI

Waktu urusan pejabat
Isnin hingga Jumaat
8.00 Pagi hingga 5.00 Petang (kecuali Kelepasan Am)

Waktu riadah
7 Pagi hingga 7 Petang (Setiap hari)

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Pejabat Renjer Hutan SPU/SPT
Taman Rimba Bukit Mertajam,
Jalan Kolam Air,
14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
Tel/Fax:04-5391743 

 

 

 

              a bcefghijk      

    l  Lambang P.Pinang (1) LOGO JPSMmoqr  logo botani