PROGRAM SUKARELAWAN IM4U ”VOLUNTEER MALAYSIA 2015”
PROGRAM SUKARELAWAN IM4U ”VOLUNTEER MALAYSIA 2015”
Tarikh : 12 September 2015
Tempat : Kuala Muda, Penaga
Perasmian : YB Dato' Sri Reezal Merican Bin Naina Merican
Timbalan Menteri Luar Negeri
(Merangkap Ahli Parlimen Kepala Batas)
Pada 12 September 2015 telah diadakan Program Sukarelawan IM4U “Volunteer Malaysia 2015” Peringkat Negeri Pulau Pinang. Program ini bertujuan untuk menyuntik semangat kesukarelawanan dalam diri masing-masing supaya dapat menjadi pelajar yang sentiasa peka kepada masyarakat sekitar dan alam sekitar. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Reezal Merican Bin Naina Merican, Timbalan Menteri Luar Negeri (Merangkap Ahli Parlimen Kepala Batas).
Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang telah bersama-sama membantu dan menjayakan program penanaman pokok dengan menyumbang sebanyak 80 pokok yang terdiri daripada pelbagai spesies pokok pesisiran pantai. Seramai 500 peserta sukarelawan IM4U telah mengambil bahagian dalam aktiviti penanaman pokok tersebut.