DASAR KESAKSAMAAN GENDER
Diwujudkan bagi memastikan lebih ramai golongan wanita diberi peluang dan kepercayaan untuk membuat keputusan dan dasar
PELAKSANAAN
- Penubuhan NGO Persatuan Tadbir Urus Baik & Kesaksamaan Gender (3Gs) sebagai kumpulan pemikir kepada Jawatankuasa MMK Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti yang terdiri daripada ahli politik, ahli akademik dan NGO berdaftar
- Merangka dan melaksanakan program jangka masa pendek dan panjang ke arah kesaksamaan gender. Contoh program ialah Bengkel Kesaksamaan Gender
PENCAPAIAN
- Enam bengkel kerja bertajuk 'Pengenalan kepada Kesaksamaan Gender' atau 'Introducing Gender Equality' telah dianjurkan dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin
- Penganjuran persidangan bertaraf antarabangsa bertajuk 'Gender Mainstreaming- Justice For All' pada 31 Julai 2010 hingga 1 Ogos 2010 di Paradise Beach Hotel yang disertai oleh lebih 200 orang peserta dari dalam dan luar negeri serta turut melibatkan penceramah dari United Nation.