Senarai Spesies ERT
Senarai Spesies-Spesies Sangat Terancam, Terancam Dan Jarang Ditemui (ERT)
Rancangan Pengurusan Hutan (RPH) disediakan juga sebagai sebuah panduan umum didalam menyediakan maklumat status terkini spesies dipterokarp terancam di Negeri Pulau Pinang mengikut IUCN Red List Categories and Criteria. Maklumat amat berguna di untuk dijadikan rujukan utama bagi golongan pelajar,penyelidik, pengurus hutan, pembuat dasar dan kumpulan bukan pakar dalam meningkatkan pengetahuan mereka mengenai spesies dipterokarp terancam ini. Pengetahuan mengenai spesies terancam ini dapat membantu Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang, Agensi-Agensi Kerajaan yang berkaitan dan Agensi Bukan Kerajaan (NGO) dalam memelihara dan memulihara spesies-spesies terancam ini. Terdapat beberapa spesies dipterokarp terancam dalam 3 kategori IUCN yang telah dikenalpasti di Negeri Pulau Pinang iaitu:
1. Critically Endangered (CR) : 1 spesies
- Hopea bracteate penangiana (merawan ungu/damar Kuching).
2. Endangered (EN) : 1 spesies
- Vatica pallida (resak).
3. Vulnerable (VU) : 8 spesies
- Anisoptera laevis (mersawa durian)
- Dipterocarpus caudatus ssp/ penangianus (keruing gasing)
- D.chartaceus (Keruing kertas)
- D.fagineus (keruing pipit)
- Hopea semcuneata (sama rupa cengal)
- Vatica maingayi (resak lidi)
- V. odorata ssp, odorata (resak ranting kesat)
- V.stapfiana (resak mempening)
Data Terbuka
DATA TERBUKA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG | DATA TERBUKA SEKTOR AWAM |
SENARAI DATA TERBUKA KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG
Layari http://www.data.gov.my/ bagi Data Terbuka Sektor Awam Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk senarai penuh set data
Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan 1.0
Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah mematuhi terma dan syarat seperti di bawah.
1. Penggunaan data di bawah terma ini
Pemilik data memberi kebenaran penggunaan data tanpa sebarang caj.
2. Pengguna boleh melaksanakan perkara yang berikut:
(i) Salin, terbit, edar dan pindah data;
(ii) Adaptasi data;
(iii) Guna data secara komersial dan tidak komersial; dan
(iv) Gabung data dengan data lain atau rangkum data dalam produk atau aplikasi.
3. Sekiranya melaksanakan mana-mana daripada yang dinyatakan pada para 2, pengguna HENDAKLAH:
(i) Menyatakan sumber data dalam produk atau aplikasi berdasarkan pernyataan yang ditentukan oleh pemilik data;
(ii) Menyediakan pautan kepada Terma Penggunaan ini; dan
(iii) Sekiranya pemilik data tidak menyediakan pernyataan pemilik harta intelek data, pengguna hendaklah menggunakan pernyataan seperti yang berikut:
"Data dan maklumat tertakluk di bawah Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia 1.0 "
4. PENGECUALIAN
Terma Penggunaan ini tidak memperuntukkan sebarang hak terhadap:
(i) Data peribadi;
(ii) Nama, jata, logo atau sebarang simbol rasmi pemilik data;
(iii) Logo organisasi sektor awam atau jabatan;
(iv) Lambang diraja dan lambang tentera;
(v) Hak pihak ketiga yang mana pemilik data tiada kuasa terhadapnya;
(vi) Sebarang hak harta intelek termasuk paten, tanda dagangan dan hak reka bentuk; dan
(vii) Dokumen identiti seperti Pasport Malaysia, MyKad.
5. TIADA JAMINAN
(i) Data adalah dalam bentuk seperti yang disediakan oleh pemilik data. Pemilik data dikecualikan daripada sebarang representasi, waranti, obligasi dan liabiliti berhubung data; dan
(ii) Pemilik data tidak bertanggungjawab terhadap sebarang ralat dan kehilangan data. Pemilik data juga tidak bertanggungjawab terhadap sebarang jenis kehilangan, kecederaan atau kerosakan kesan daripada penggunaan data tersebut. Pemilik data tidak memberikan jaminan data disediakan secara berterusan.
6. UNDANG-UNDANG
Terma Penggunaan ini ditadbir oleh undang-undang di bawah bidang kuasa dan pemilik data ialah pemilik utama bagi data tersebut.
Tarikh Pindaan: 30 SEPTEMBER 2015
Perintah Kawalan Pergerakan (fasa 2)
Semua Taman rimba dan Taman Hutan Negeri kekal ditutup selaras dengan SOP MKN sepanjang PKP Fasa 2 bermula 7 Julai 2021. Sebarang aktiviti rekreasi dan riadah seperti berbasikal, mendaki, jogging dan seumpamanya tidak dibenarkan di dalam taman eko rimba dan Hutan Taman Negeri.
Perintah Kawalan Pergerakan 3.0
Pejabat Perhutanan Negeri Pulau Pinang dan Pejabat-pejabat Hutan Daerah kekal ditutup susulan PKP 3.0 yang dilanjutkan sehingga 28 Jun 2021. Taman-taman Rimba dan Hutan Taman Negeri juga kekal ditutup sepanjang tempoh tarikh tersebut. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh menghubungi Pejabat Perhutanan Negeri melalui emel di alamat Alamat Emel ini sedang dilindungi dari spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk melihat..