Taman Eko Rimba & Taman Negeri
- Taman Eko Rimba Bukit Mertajam
- Taman Negeri Bukit Panchor
- Taman Eko Rimba Teluk Bahang
- Hutan Pelajaran Air Itam Dalam
- Muzium Perhutanan
PENGENALAN
Kawasan Taman Eko Rimba Bukit Mertajam yang berstatus hutan lipur ini dikenali juga sebagai Hutan Lipur Bukit Mertajam atau Cherok Tok Kun yang mempunyai keluasan lebih kurang 37.0 hektar dengan puncak tertinggi mencapai 545.0 meter dari aras laut. Taman Rimba ini masih mempunyai pokok-pokok dan tumbuhan asal seperti Meranti Seraya "Shorea curtisii" dan Meranti Rambai Daun "Shorea acuminata".
Di antara daya tarikan utama taman rimba ini lebih kepada aktiviti lasak seperti pendakian bukit melalui " Jeep Track" atau denai hutan boleh dilakukan sehingga ke puncak bukit. Selain itu, acara "downhill mountain bike" juga memilih Taman Rimba Bukit Mertajam sebagai salah satu destinasi di bahagian utara semenajung Malaysia.
CABARAN HUTAN
Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di sini seperti beristirehat, berkelah dan mandi-manda. Di samping itu bagi yang meminati aktiviti pendakian yang memcabar ini melibatkan jarak 3.5km dari bawah dan akan mengambil masa melebihi 1 jam bagi pendaki bertaraf sederhana untuk sampai ke Stesyen 3. Sepanjang pendakian anda pasti dihiburkan dengan kicauan unggas, serangga eksotik serta dapat menikmati keindaha pemandangan dari puncak. Kemudahan minuman disediakan di Steyen 3 oleh sukarelawan untuk keselesaan awam. Terdapat beberapa buah kolam mandi turut dibangunkan untuk orang awam bagi tujuan mandi-manda dihutan lipur ini.
BAGAIMANA HENDAK KE TAMAN RIMBA BUKIT MERTAJAM
Lokasinya adalah di kawasanBukit Mertajam, Seberang Perai Tengah. Lokasinya hanya 6km dari bandar Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Untuk sampai ke sana , pengunjung boleh menggunakan teksi dari bandar Bukit Mertajam kera tiada kemudahan bas ke dala kawasan ini.Bagi kenderaan persendirian yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan perlu keluar melalui Tol Juru, menuju ke bandar Bukit Mertajam dan kemudian menggunakkan jalan menuju ke Kulim. Koordinate GPS Taman Rimba Bukit Mertajam ialah 5.366735,100.483353
Waktu urusan pejabat
Isnin hingga Jumaat
8.00 Pagi hingga 5.00 Petang (kecuali Kelepasan Am)
Waktu riadah
7 Pagi hingga 7 Petang (Setiap hari)
Keterangan Ringkas
Taman Negeri Bukit Panchor yang bersempadan dengan negeri Kedah terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Panchor di daerah Seberang Perai Selatan. Sebelum taman negeri ditubuhkan, kawasan tersebut lebih dikenali oleh orang setempat sebagai Hutan Lipur Bukit Panchor dengan keluasan 155 hektar yang famous dengan aktiviti mandi-manda dan kawasan riadah penduduk setempat.Pada tahun 2008, Taman Negeri Bukit Panchor ditubuhkan dengan keluasan 446 hektar dan parastertinggi pada 416m. Kawasan pembangunan taman negeri seluas 8.0 hektar dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas yang sesuai kepada berkeluarga dan berkumpulan seperti tempat parkir, tandas, surau, taman kanak-kanak dan lain-lain. Taman Negeri Bukit Panchor merupakanlokasi pilihan kepada aktiviti perkhemahan kerana kawasan yang lapang dan berkhemah di kawasan Sungai Buaya yang menarik. Taman negeri ini juga menawarkan aktiviti penjelajahan menjejaki gua-gua dan alur sungai yang mencabar. Terdapat 8 jenis spesies kelawar dijumpai semasa Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan di Gua Kelawar dan Gua Tongkat. Aktiviti berkumpulan ini memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi. Selain daripada aktiviti rekreasi, kawasan ini juga sesuai untuk mengenali pelbagai jenis spesies hutan dipterokarpa pamah dan hutan paya air tawar. Kawasan ini memberi suasana yang tenang dan santai bagi pencinta alam semulajadi yang cuba melarikan diri pada hujung minggu. Koleksi flora dan fauna yang masih terpelihara di taman negeri ini boleh dijadikan rujukan dan pembelajaran yang sangat bernilai terutamanya palma endemik di sini iaitu Iguanura corniculata dimana telah dijadikan logo kepada Taman Negeri Bukit Panchor. Pada masa yang sama, pengunjung akan lebih menghargai hutan kita dan mewujudkan perasaan sayangi hutan kita.
Tarikan
Gua Kelawar, Gua Tongkat ,Kolam mandi, Memerhati burung, Spesies endemik tumbuhan, Suasana daun jatuh dan tempat riadah.
BAGAIMANA PERGI KE TAMAN NEGERI BUKIT PANCHOR
Lokasinya adalah di kawasan Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan. Jarak hanya 10km dari pekan Nibong Tebal dan 50km dari Bandaraya George Town, Pulau Pinang.
Untuk Sampai ke Taman Negeri Bukit Panchor ini, Pengunjung bolehlah menggunakan teksi dari pekan Nibong Tebal. Ini Memandangkan buat masa ini tiada kemudahan bas ke kawasan tersebut.
Bagi kenderaan persendirian yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, mereka perlu keluar dari Tol Jawi dan seterusnya melalui pekan Nibong Tebal dan kemudian perlu menghala terus ke Pekan Sungai Kecil. Di sepanjang jalan terdapat papan tanda yang jelas menunjukkan arah ke Taman Negeri ini.Koordinant menurut GPS (5.160205,100.547964)
Kemudahan/ Facilities :
"Chalet (2), Tandas, Tandas Perkhemahan, Dewan Terbuka, Tempat Parkir, Kantin, Surau, Pusat informasi, Tapak perkhemahan, Tempat masak, Denai hutan, Boardwalk dan Wakaf"
Utiliti/ Utilities:
Air = Ada
Elektrik = Ada
Tempahan Kemudahan Di Hutan Lipur /Reservation Facilities in Amenity Forest:
Bilangan = 2
Kapasiti/ Capacity = 6 orang/ people
Harga /price= RM120.00/chalet
Bilangan =40
Kapasiti/ Capacity = 160 orang/ people
Bilangan =1
Kapasiti/ Capacity = 60 orang/ people
Harga /price=
Bilangan =1
Kapasiti/ Capacity = 30 orang/ people
Capaian Komunikasi/ Communication Line:
Celcom, Digi, Maxis
Lokasi/ Location:
Terletak 10km dari Nibong Tebal, 50km dari Bandar Georgetown Pulau Pinang
It is located 10 km from Nibong Tebal, 50 km from Georgetown Town ,Penang.
Bagaimana hendak ke sini/ How to get here :
Kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti teksi
Own vehicles or public transport such as taxi.
WAKTU BEROPERASI
Waktu urusan pejabat
Isnin hingga Jumaat
8.00 Pagi hingga 5.00 Petang (kecuali Kelepasan Am)
Waktu riadah
7 Pagi hingga 7 Petang (Setiap hari
PENGENALAN
Taman Rimba yang berstatus Hutan Lipur .Hutan Lipur ini juga merupakan dirian hutan yang matang yang menyimpan pelbagai khazanah flora dan fauna. Terdapat di dalamnya Hutan Simpanan Hutan Dara (Virgin Jungle Reserve). Para pengunjung pastinya dapat menikmati serta menghayati keindahan dan keunikan flora melalui denai-denai hutan yang terdapat di dalam Hutan Simpan Telok Bahang ini
CABARAN HUTAN
Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di sini seperti beristirehat, berkelah dan mandi-manda. Di samping itu bagi yang meminati aktiviti lasak bolehlah membuat pendakian ke Bukit Bendera melalui denai di Taman Rimba Telok Bahang. Selain daripada itu beberapa aktiviti kemudahan seperti padang permainan, tapak perkhemahan dan pondok-pondok rehat turut disediakan. Terdapat beberapa buah kolam mandi turut dibangunkan untuk orang awam bagi tujuan mandi-manda di hutan lipur ini.
BAGAIMANA PERGI KE TAMAN RIMBA TELOK BAHANG
Lokasinya adalah berhampiran pekan Telok Bahang dengan jarak lebih kurang 24KM dari Bandaraya George Town. Ianya bileh dihubungi melalui jalanraya dari George Town - Batu Ferengghi - Teluk Bahang. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari sama ada dari Bandaraya George Town atau Pekan Teluk Bahang.Koordinate menurut GPS (5.446483,100.217147).
WAKTU BEROPERASI
Waktu urusan pejabat
Isnin hingga Jumaat
8.00 Pagi hingga 5.00 Petang (kecuali Kelepasan Am)
Waktu riadah
7 Pagi hingga 7 Petang (Setiap hari)
Pengenalan
Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam merupakan sebuah hutan paya air paya air tawar yang terletak di Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang yang mempunyai keluasan lebih kurang 10 hektar. Hutan Pelajaran ini dibahagikan kepada zon yang berdasarkan spesis dominannya iaitu nipah, putat, jejawi dan malabera.
Hutan Pelajaran ini menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya penggemar burung kerana kawasan ini merupakan habitat pelbagai spesis burung dan juga tempat persinggahan burung hijrah. Terdapat lebih daripada 150 burung telah ditemui di hutan ini. Biasanya bulan oktober hingga Jun merupakan musim memerhati burung hijrah di Hutan Pelajran Air Hitam Dalam.
Awal pagi dan waktu senja merupakan waktu terbaik bagi melihat burung di sini.Selain aktiviti mermerhati burung, anda juga dapat melihat orang kampung memetik ulam pada waktu senja. Selain itu, kawasan ini juga menjadi destinasi popular kepada para pemancing.
Hujan Pelajaran Air Hitam Dalam telah dilengkapi dengan prasana seperi pondok rehat, kawasan meletak kenderaan, jambatan gantung (210 meter), boardwalk (melebihi 1000 m) kemudahan tandas dan juga gerai makan serta Kaunter Informasi.
WAKTU BEROPERASI
Waktu urusan pejabat
Isnin hingga Jumaat
8.00 Pagi hingga 5.00 Petang (kecuali Kelepasan Am)
Waktu riadah
7 Pagi hingga 7 Petang (Setiap hari)
PENDAHULUAN
MUZIUM Perhutanan Pulau Pinang terletak di Taman Negeri Rimba Teluk Bahang dan merupakan sebuah muzium yang khusus untuk mempamerkan pelbagai jenis-jenis
artifak-artifak yang berasaskan perhutanan.Ianya telah dibuka kepada orang awam pada 5 Mei 1983. Pada tahun 2008 kerja-kerja naiktaraf bangunan Muzium Perhutanan Pulau Pinang telah dijalankan. Bahan-bahan pameran tersebut diperolehi dari seluruh semenajung Malaysia. Ruangan bangunan seluas 700 meter persegi dibahagikan kepada tujuh ruang pameran. Diorama Perhutanan yang ditempatkan di bahagian tengah merupakan tempat pameran khas, manakala ruang-ruang lain mempamerkan subjek-subjek lain yang berkenaan dengan perhutanan seperti berikut:
A.Sejarah dan Profil Hutan
B.Silvikultur dan Peralatan
C.Perhutanan di Negeri Pulau Pinang
D.Hasil Kayu dan Hasil Bukan Kayu
E.Fauna di Hutan
F.Sumber Makan di Hutan
G.Ruangan Pameran Khas
WAKTU LAWATAN/ VISTING HOURS
| LAWATAN | |
| ISNIN-AHAD (Kecuali Jumaat) | 9.00 Pagi Hingga 4.30 Petang |
| JUMAAT dan CUTI PERAYAAN | TUTUP |
HARGA TIKET/ADMISSION FEE
MASUK\WALK IN
DEWASA/ADULT RM1.00
KANAK-KANAK/CHILDREN RM0.50
Tertakluk kepada sebarang pindaan
SURAT PERMOHONAN/LETTER OF APPLICATION
Berkumpulan(Melebihi 15 orang dewasa)/Group(more than 15 adults) RM0.80
Murid-murid Sekolah berpakaian seragam /Students in School Uniform Percuma / Free of Charge
