faq hubungi maklumbalas peta

MAJLIS PENYERAHAN MOTOSIKAL

MAJLIS PENYERAHAN MOTOSIKAL KAWASAKI KLX150-D KEPADA RENJ.SEBERANG PERAI TENGAH/UTARA DAN RENJ.TIMUR LAUT

Tarikh:18 Mac 2015 (Rabu)

Masa:9.30 pagi

Tempat: Hutan Lipur Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Satu Majlis penyerahan motosikal Kawasaki KLX150-D kepada RenjSeberang Perai Tengah/Utara dan Renj.Timur Laut telah diadakan pada 18 Mac 2015. En Rosli bin Hassan Ketua Renj. Seberang Perai Tengah/Utara) dan En.Samsul Kamal bin Buyong, Ketua Renjer Timur Laut telah menerima sebuah motosikal KLX 150 D bagi setiap Renj Motosikal tersebut akan digunakan semasa menjalankan tugas rondaan di dalam dan di sempadan Hutan Simpanan Kekal (HSK) serta tugas rasmi jabatan.

Sempena majlis tersebut juga satu program penanaman pokok telah dijalankan. Penanaman pokok diketuai oleh Tuan Haji Roslee bin Jamaludin, Pengarah Perhutanan Negeri Pulau Pinang. Sebanyak 20 pokok yang terdiri daripada Pokok Mertajam, Pokok Bucida dan Pokok Janda Kaya telah ditanam di hadapan Pejabat Renj Seberang Perai Utara/Tengah sekitar dan di surau Al- Raudhah Hutan Lipur Bukit Mertajam.

Contact Us

Pengarah Perhutanan Negeri,
Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang,
Tingkat 34, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR),
10000 Pulau Pinang.
   
jhnpp@forestry.gov.my
   04-6505881

Visitor Counter

Today: 9
This Month: 277
Last Month: 80
Total: 42,544
  • Last Update : 30 June 2026 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome dengan resolusi minima 1366 x 768

Penang State Forestry - Copyright © 2026