BAHAGIAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Portal Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang ini berjaya dibangunkan sebagai satu platform digital yang lebih interaktif dan mesra pengguna.
Portal ini adalah merupakan satu platform bagi memudahkan pengguna mandapatkan informasi dan perkhidmatan yang lebih komprehensif berkaitan dengan perancangan, pengurusan, pembangunan, perundangan, peraturan, dasar, lesen, permit, aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan hutan serta inisiatif kelestarian alam sekitar untuk kegunaan jabatan, agensi, orang awam, pihak berkepentingan dan mana-mana pihak yang menggunakan portal ini.
Transformasi digital melalui portal ini diharapkan dapat menjadi medium informasi dan komunikasi yang lebih efisien dan komprehensif selaras dengan misi jabatan untuk memperkasakan kelestarian pengurusan fungsi hutan bagi kesejahteraan masyarakat, daya tahan ekosistem dan kemampanan ekonomi. Akhir kata, saya mengalu-alukan semua pihak untuk memanfaatkan portal ini sebagai satu platform yang menjadi sumber rujukan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada kepada pengguna portal ini.
Sekian, terima kasih.

Muhamad Azizun bin Jaafar
Pengarah Perhutanan Negeri Pulau Pinang
