faq hubungi maklumbalas peta

Latar Belakang Jabatan

Pentadbiran perhutanan di Negeri Pulau Pinang ditubuhkan pada tahun 1981. Sebelum tahun 1981, Pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang adalah di bawah pentadbiran Pengarah Perhutanan Negeri Kedah/Pulau Pinang/Perlis. Pentadbiran Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang bertempat di Tingkat 34, KOMTAR, George Town, Pulau Pinang. Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang diketuai oleh seorang Pengarah Perhutanan Negeri yang di lantik di bawah seksyen 3, Akta Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993), Pentadbiran dan pengurusan sektor perhutanan dibantu oleh satu (1) orang pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional(lantikan Persekutuan), Timbalan Pengarah Perhutanan (Operasi) satu (1) orang pegawai Kumpulan Sokongan 1, Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan), dan serta lima (5) pegawai sokongan 1 lantikan negeri iaitu Penolong Pemelihara Hutan. Selain itu, tiga (3) pegawai Jawatan Ibu Pejabat (JIP) telah ditempatkan di Jabatan Perhutanan Negeri bagi membantu kelancaran pengurusan jabatan mengikut tugas khusus iaitu Penolong Pegawai Pengutakuasaan dan Siasatan dan Penolong Jurutera. Pentadbiran di peringkat Renj masing-masing diketuai oleh seorang Penolong Pemelihara Hutan (pegawai lantikan negeri).

Bahagian Pengurusan dan Pentadbiran di Jabatan Perhutanan Negeri Pulau dibahagikan kepada dua iaitu Bahagian Pembangunan Hutan dan Bahagian Operasi Hutan serta dibantu oleh bahagian sokongan iaitu Bahagian Pentadbiran dan Kewangan. yang terdiri daripada beberapa seksyen di Jabatan Perhutanan Negeri dan disokong oleh tiga (3) pentadbiran Pejabat Hutan Daerah iaitu;

  • Pejabat Hutan Daerah Pulau
  • Pejabat Hutan Daerah Seberang Perai Selatan dan
  • Pejabat Hutan Daerah Seberang Perai Utara dan Tengah

Contact Us

Pengarah Perhutanan Negeri,
Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang,
Tingkat 34, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR),
10000 Pulau Pinang.
   
jhnpp@forestry.gov.my
   04-6505881

Visitor Counter

Today: 8
This Month: 276
Last Month: 80
Total: 42,543
  • Last Update : 30 June 2026 

Paparan terbaik menggunakan pelayar Mozilla Firefox , Google Chrome dengan resolusi minima 1366 x 768

Penang State Forestry - Copyright © 2026