Taman Rimba Telok Bahang

PENGENALAN

Taman Rimba yang berstatus Hutan Lipur .Hutan Lipur ini juga merupakan dirian hutan yang matang yang menyimpan pelbagai khazanah flora dan fauna. Terdapat di dalamnya Hutan Simpanan Hutan Dara (Virgin Jungle Reserve). Para pengunjung pastinya dapat menikmati serta menghayati keindahan dan keunikan flora melalui denai-denai hutan yang terdapat di dalam Hutan Simpan Telok Bahang ini

CABARAN HUTAN

Pelbagai aktiviti boleh dijalankan di sini seperti beristirehat, berkelah dan mandi-manda. Di samping itu bagi yang meminati aktiviti lasak bolehlah membuat pendakian ke Bukit Bendera melalui denai di Taman Rimba Telok Bahang. Selain daripada itu beberapa aktiviti kemudahan seperti padang permainan, tapak perkhemahan dan pondok-pondok rehat turut disediakan. Terdapat beberapa buah kolam mandi turut dibangunkan untuk orang awam bagi tujuan mandi-manda di hutan lipur ini.

BAGAIMANA PERGI KE TAMAN RIMBA TELOK BAHANG

Lokasinya adalah berhampiran pekan Telok Bahang dengan jarak lebih kurang 24KM dari Bandaraya George Town. Ianya bileh dihubungi melalui jalanraya dari George Town - Batu Ferengghi - Teluk Bahang. Untuk sampai ke hutan lipur ini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari sama ada dari Bandaraya George Town atau Pekan Teluk Bahang.Koordinate menurut GPS (5.446483,100.217147).

 KEMUDAHAN-KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR AWAM YANG SEDIA ADA

TRTB

 Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi

Pejabat Renjer Hutan Barat Daya
Taman Rimba Teluk Bahang,11050
Teluk Bahang Pulau Pinang

 

 

 

              a bcdefghijk      

l logo pp  LOGO JPSMmnoqr  logo botani