Piagam Pelanggan

 

  1. Membuat keputusan mengenai sebarang permohonan perkhidmatan daripada jabatan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari bekerja dari tarikh menerima permohonan.
  2. Menyediakan maklumbalas teknikal dalam tempoh tidak melebihi satu (1) minggu hari bekerja dari tarikh menerima surat atau pertanyaan.
  3. Menjawab maklumbalas surat atau pertanyaan dalam tempoh tidak melebihi satu (1) minggu hari bekerja dari tarikh menerima surat atau pertanyaan.
  4. Memperbaharui tempoh lesen mengeluarkan hasil hutan atau lesen menjalankan kilang berasas kayu dalam tempoh tidak melebihi 10 minit bagi mereka yang memperolehi kelulusan dan telah membuat temujanji..
  5. Keputusan melanjutkan tempoh lesen mengeluarkan hasil hutan atau lesen menjalankan kilang berasas kayu dan permit penggunaan akan diberi dalam tempoh tidak melebihi satu (1) bulan sebelum tarikh tamat lesen.
  6. Lesen untuk mengeluarkan hasil hutan akan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi satu (1) minggu hari bekerja dari tarikh kelulusan diberi, setelah semua syarat kelulusan dipenuhi.
  7. Mengadakan program memandu lawatan ke hutan dan denai hutan sekurang-kurangnya empat (4) kali setahun untuk orang awam.
  8. Menyemak sempadan luar Hutan Simpanan Kekal tidak kurang daripada 4 km setiap bulan
  9. Menghargai maklumat serta maklumbalas yang diterima daripada orang awam. Semua aduan kesalahan hutan akan diambil tindakan dalam masa tidak melebihi tiga (3) hari.
  10. Memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin serta layanan yang sebaik mungkin serta layanan yang mesra setiap masa.

 

              a bcefghijk      

    l  Lambang P.Pinang (1) LOGO JPSMmoqr  logo botani