Taman Negeri Bukit Panchor

Keterangan Ringkas

Taman Negeri Bukit Panchor yang bersempadan dengan negeri Kedah terletak di dalam Hutan Simpan Bukit Panchor di daerah Seberang Perai Selatan. Sebelum taman negeri ditubuhkan, kawasan tersebut lebih dikenali oleh orang setempat sebagai Hutan Lipur Bukit Panchor dengan keluasan 155 hektar yang famous dengan aktiviti mandi-manda dan kawasan riadah penduduk setempat.Pada tahun 2008, Taman Negeri Bukit Panchor ditubuhkan dengan keluasan 446 hektar dan parastertinggi pada 416m. Kawasan pembangunan taman negeri seluas 8.0 hektar dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan asas yang sesuai kepada berkeluarga dan berkumpulan seperti tempat parkir, tandas, surau, taman kanak-kanak dan lain-lain. Taman Negeri Bukit Panchor merupakanlokasi pilihan kepada aktiviti perkhemahan kerana kawasan yang lapang dan berkhemah di kawasan Sungai Buaya yang menarik. Taman negeri ini juga menawarkan aktiviti penjelajahan menjejaki gua-gua dan alur sungai yang mencabar. Terdapat 8 jenis spesies kelawar dijumpai semasa Ekspedisi Saintifik Kepelbagaian Biologi Hutan di Gua Kelawar dan Gua Tongkat. Aktiviti berkumpulan ini memerlukan ketahanan fizikal yang tinggi. Selain daripada aktiviti rekreasi, kawasan ini juga sesuai untuk mengenali pelbagai jenis spesies hutan dipterokarpa pamah dan hutan paya air tawar. Kawasan ini memberi suasana yang tenang dan santai bagi pencinta alam semulajadi yang cuba melarikan diri pada hujung minggu. Koleksi flora dan fauna yang masih terpelihara di taman negeri ini boleh dijadikan rujukan dan pembelajaran yang sangat bernilai terutamanya palma endemik di sini iaitu Iguanura corniculata dimana telah dijadikan logo kepada Taman Negeri Bukit Panchor. Pada masa yang sama, pengunjung akan lebih menghargai hutan kita dan mewujudkan perasaan sayangi hutan kita.

Tarikan 
Gua Kelawar, Gua Tongkat ,Kolam mandi, Memerhati burung, Spesies endemik tumbuhan, Suasana daun jatuh dan tempat riadah.

BAGAIMANA PERGI KE TAMAN NEGERI BUKIT PANCHOR

Lokasinya adalah di kawasan Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan. Jarak hanya 10km dari pekan Nibong Tebal dan 50km dari Bandaraya George Town, Pulau Pinang.

Untuk Sampai ke Taman Negeri Bukit Panchor ini, Pengunjung bolehlah menggunakan teksi dari pekan Nibong Tebal. Ini Memandangkan buat masa ini tiada kemudahan bas ke kawasan tersebut.

Bagi kenderaan persendirian yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan, mereka perlu keluar dari Tol Jawi dan seterusnya melalui pekan Nibong Tebal dan kemudian perlu menghala terus ke Pekan Sungai Kecil. Di sepanjang jalan terdapat papan tanda yang jelas menunjukkan arah ke Taman Negeri ini.Koordinant menurut GPS (5.160205,100.547964)

Kemudahan/ Facilities :

"Chalet (2), Tandas, Tandas Perkhemahan, Dewan Terbuka, Tempat Parkir, Kantin, Surau, Pusat informasi, Tapak perkhemahan, Tempat masak, Denai hutan, Boardwalk dan Wakaf"

Utiliti/ Utilities:

Air = Ada
Elektrik = Ada

Tempahan Kemudahan Di Hutan Lipur /Reservation Facilities in Amenity Forest:

Bilangan = 2
Kapasiti/ Capacity = 6 orang/ people
Harga /price= RM120.00/chalet

Bilangan =40
Kapasiti/ Capacity = 160 orang/ people

Bilangan =1
Kapasiti/ Capacity = 60 orang/ people
Harga /price=

Bilangan =1
Kapasiti/ Capacity = 30 orang/ people

Capaian Komunikasi/ Communication Line:

Celcom, Digi, Maxis

Lokasi/ Location:

Terletak 10km dari Nibong Tebal, 50km dari Bandar Georgetown Pulau Pinang
It is located 10 km from Nibong Tebal, 50 km from Georgetown Town ,Penang.

Bagaimana hendak ke sini/ How to get here :
Kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti teksi

Own vehicles or public transport such as taxi.

 

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi

Pejabat Renjer Hutan Seberang Perai Selatan
14300,Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Tel/Faks:04-593 2977 

 

 

              a bcdefghijk      

l logo pp  LOGO JPSMmnoqr  logo botani