SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG TAHUN 2015

Tarikh : 16 Jun 2015

Tempat : SMK Taman Inderawasih, Perai

Perasmian : Encik Yusof bin Abd. Rashid
Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan)

Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2015 telah diadakan pada 16 Jun 2015 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Inderawasih, Perai, Pulau Pinang. Sambutan pada kali ini dengan kerjasama pihak SMK Taman Inderawasih, SK Taman Inderawasih dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Taman Inderawasih. Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa pada kali ini telah dirasmikan oleh Encik Yusof bin Abd. Rashid, Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri Pulau Pinang mewakili Pengarah Perhutanan Negeri. Seramai 650 pelajar daripada SMK Taman Inderawasih dan 150 pelajar daripada SK Taman Inderawasih telah menyertai sambutan pada kali ini. Pada Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Pulau Pinang kali ini, sebanyak 150 pokok pelbagai spesies telah ditanam di sekitar kawasan SMK Taman Inderawasih dan SK Taman Inderawasih.

 

              a bcefghijk      

l logo pp  LOGO JPSMmnoqr  logo botani