Hutan Pelajaran Air Dalam

Pengenalan

Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam merupakan sebuah hutan paya air paya air tawar yang terletak di Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang yang mempunyai keluasan lebih kurang 10 hektar. Hutan Pelajaran ini dibahagikan kepada zon yang berdasarkan spesis dominannya iaitu nipah, putat, jejawi dan malabera.

Hutan Pelajaran ini menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya penggemar burung kerana kawasan ini merupakan habitat pelbagai spesis burung dan juga tempat persinggahan burung hijrah. Terdapat lebih daripada 150 burung telah ditemui di hutan ini. Biasanya bulan oktober hingga Jun merupakan musim memerhati burung hijrah di Hutan Pelajran Air Hitam Dalam.

Awal pagi dan waktu senja merupakan waktu terbaik bagi melihat burung di sini.Selain aktiviti mermerhati burung, anda juga dapat melihat orang kampung memetik ulam pada waktu senja. Selain itu, kawasan ini juga menjadi destinasi popular kepada para pemancing.

Hujan Pelajaran Air Hitam Dalam telah dilengkapi dengan prasana seperi pondok rehat, kawasan meletak kenderaan, jambatan gantung (210 meter), boardwalk (melebihi 1000 m) kemudahan tandas dan juga gerai makan serta Kaunter Informasi.

Jika ada sebarang pertanyaan, sila hubungi

Pejabat Renjer Hutan Seberang Perai Utara/Tengah
Hutan Lipur Bukit Mertajam, Cherok Tok Kun, 14000 Pulau Pinang, Malaysia
Tel/Faks:604-5391743

 Peta Lokasi

Peta Hutan lipur Air Hitam Dalam

 

              a bcdefghijk      

l logo pp  LOGO JPSMmnoqr  logo botani