PROGRAM GO GREEN IPGK PULAU PINANG

PROGRAM GO GREEN IPGK PULAU PINANG
“GREEN IT! LIKE YOU MEAN IT!”
DENGAN KERJASAMA JABATAN PERHUTANAN NEGERI PULAU PINANG

TARIKH : 07 OGOS 2015 (JUMAAT)
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PULAU PINANG

Program Go Green IPGK Pulau Pinang “Green It! Like You Mean It!” telah berlangsung pada 7 Ogos 2015. Pogram penanaman pokok ini disertai seramai 340 pelajar dan kakitangan Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang serta kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Puan Hajah Suriah binti Hj. Abd. Manap (Timbalan Pengarah IPG), Encik Naziruddin bin Mashood (Ketua Unit Khidmat Pengurusan IPG) dan Encik Yusof bin Abd. Rashid (Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan).

Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang telah menyumbangkan sebanyak 65 pokok yang terdiri daripada pelbagai spesies pokok teduhan, pokok hutan dan pokok nadir. Kerja-kerja membuat lubang tanaman dan penanaman dilaksanakan sepenuhnya oleh para pelajar. Program ini bertujuan memupuk kesedaran khususnya kepada para pelajar IPG Kampus Pulau Pinang dalam menyemai semangat cintakan alam sekitar disamping menghijaukan kawasan kampus. Taklimat berkaitan penanaman pokok disampaikan oleh Renjer HutanEncik Azman bin Saad.

              a bcefghijk      

    l  Lambang P.Pinang (1) LOGO JPSMmoqr  logo botani