MUZIUM PERHUTANAN PULAU PINANG

PENDAHULUAN

MUZIUM Perhutanan Pulau Pinang terletak di Taman Negeri Rimba Teluk Bahang dan merupakan sebuah muzium yang khusus untuk mempamerkan pelbagai jenis-jenis
artifak-artifak yang berasaskan perhutanan.Ianya telah dibuka kepada orang awam pada 5 Mei 1983. Pada tahun 2008 kerja-kerja naiktaraf bangunan Muzium Perhutanan Pulau Pinang telah dijalankan. Bahan-bahan pameran tersebut diperolehi dari seluruh semenajung Malaysia. Ruangan bangunan seluas 700 meter persegi dibahagikan kepada tujuh ruang pameran. Diorama Perhutanan yang ditempatkan di bahagian tengah merupakan tempat pameran khas, manakala ruang-ruang lain mempamerkan subjek-subjek lain yang berkenaan dengan perhutanan seperti berikut:

A.Sejarah dan Profil Hutan
B.Silvikultur dan Peralatan
C.Perhutanan di Negeri Pulau Pinang
D.Hasil Kayu dan Hasil Bukan Kayu
E.Fauna di Hutan
F.Sumber Makan di Hutan
G.Ruangan Pameran Khas

WAKTU LAWATAN/ VISTING HOURS

LAWATAN
ISNIN-AHAD (Kecuali Jumaat) 9.00 Pagi Hingga 4.30 Petang
JUMAAT dan CUTI PERAYAAN TUTUP

HARGA TIKET/ADMISSION FEE

 

MASUK\WALK IN

DEWASA/ADULT RM1.00

KANAK-KANAK/CHILDREN RM0.50

Tertakluk kepada sebarang pindaan

SURAT PERMOHONAN/LETTER OF APPLICATION

Berkumpulan(Melebihi 15 orang dewasa)/Group(more than 15 adults) RM0.80

Murid-murid Sekolah berpakaian seragam /Students in School Uniform Percuma / Free of Charge

Sila Hubung/Please contact 
Jika ada sebarang Pertanyaan, Sila Hubungi

Unit Muzium Perhutanan Pulau Pinang
Hutan Lipur Teluk Bahang,
11050,Teluk Bahang,
Pulau Pinang
604-8852388/604-8851280

Koordiant GPS :5.446483,100.217147

              a bcefghijk      

    l  Lambang P.Pinang (1) LOGO JPSMmoqr  logo botani