Pensijilan Pengurusan Hutan

Pembangunan Dan Pelaksanaan Kriteria Dan Petunjuk Pengurusan Hutan Di Semenanjung Malaysia

buku1


Dokumen ITTO Criteria and Indicators For Sustainable Forest Management yang diterbitkan pada tahun 1992.

Usaha perumusan kriteria dan petunjuk sebagai standard pengukur untuk pengurusan hutan secara berkekalan telah mula dilaksanakan di Semenanjung Malaysia pada tahun 1994 berdasarkan ITTO Criteria and Indicators For Sustainable Forest Management yang diterbitkan pada tahun 1992. Lanjutan daripada itu, satu dokumen yang dikenali sebagai Kriteria, Petunjuk, Aktiviti dan Spesifikasi Pengurusan untuk Pensijilan Pengurusan Hutan Di Semenanjung Malaysia telah dihasilkan.

Standard ini telah diuji pemakaiannya di negeri Pahang, Selangor dan Terengganu menerusi satu projek perintis kerjasama Malaysia – The Netherlands pada pertengahan tahun 1996. Hasil kajian projek perintis ini telah dibincangkan dalam beberapa forum yang diadakan pada tahun 1998 dan 1999. Beberapa faktor, pandangan atau perkembangan penting terhadap kriteria dan petunjuk telah diambilkira. Di antaranya termasuklah:

  • Penerimapakaian Dutch Minimum Standards oleh pihak The Netherlands sebagai standard pengurusan hutan yang baik;
  • Penerimapakaian ITTO Criteria and Indicators for Sustainable Forest Management of Natural Tropical Forests, 1998 di Malaysia; dan
  • Hasil sesi-sesi rundingan di peringkat wilayah dan kebangsaan pada tahun 1999 untuk merumuskan satu standard nasional bagi pensijilan pengurusan hutan.

Output daripada perbincangan di forum-forum ini adalah penghasilan dokumen bertajuk Malaysian, Criteria, Indicators, Actitivies and Standards of Performance (MC&I) for Forest Management Certification (Forest Management Unit Level), Peninsular Malaysia bertarikh 23 Disember 1999. Dokumen Standard ini lebih dikenali sebagai MC&I (2001). Secara ringkasnya, standard yang dibangunkan tersebut adalah seperti berikut:

Kriteria
Indikator
Aktiviti
Prestasi standards
6
29
87
247

Standard MC&I (2001) yang dilaksanakan di lapan (8) buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu telah menerima beberapa kritikan khususnya daripada Badan-Badan Bukan Kerajaan yang berpendapat bahawa Standard ini masih perlu diperlengkapkan lagi bagi memberi pertimbangan yang lebih munasabah dan menyeluruh kepada kehendak perlindungan alam sekitar, ekologi, sosial dan kepelbagaian biologi.

pic2

              a bcefghijk      

    l  Lambang P.Pinang (1) LOGO JPSMmoqr  logo botani