Pengumuman Penutupan Sementara Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam, Seberang Perai Utara

Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam (HPAHD), Seberang Perai Utara akan ditutup sementara untuk kegunaan orang ramai akibat kerosakan yang dialami susulan insiden fenomena ribut yang melanda Negeri Pulau Pinang pada malam 9 Ogos 2019. Keadaan ini menyebabkan pusat ini tidak selamat untuk digunakan oleh orang ramai pada ketika ini.

HPAHD akan dibuka secara berperingkat mengikut tahap keselamatan yang dibenarkan dan akan diumumkan kelak.

              a bcefghijk      

l logo pp  LOGO JPSMmnoqr  logo botani