• webmail en
  • tender en
  • statistic en

PENGUMUMAN KEBENARAN MENJALANKAN AKTIVITI RIADAH DI TAMAN RIMBA TELUK BAHANG

PENGUMUMAN KEBENARAN MENJALANKAN AKTIVITI RIADAH DI TAMAN RIMBA TELUK BAHANG

Aktiviti riadah di Taman Rimba Teluk Bahang, Pulau Pinang telah kembali dibuka kepada orang ramai.

Walaubagaimanapun aktiviti riadah lain secara bermalam seperti perkhemahan adalah tidak dibenarkan buat masa ini.

Pengunjung juga dimohon menjaga kebersihan kawasan perkelahan/ ruangan kolam air/ sungai dan membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan dan sentiasa menjaga kebersihan. Aktiviti BBQ adalah tidak dibenarkan buat sementara waktu.

Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang
13 Mac 2020.

PENGUMUMAN PENUTUPAN TAMAN RIMBA TELUK BAHANG

PENGUMUMAN PENUTUPAN TAMAN RIMBA TELUK BAHANG

Kawasan kolam mandi Taman Rimba Teluk Bahang, Pulau Pinang masih ditutup bagi semua aktiviti perkelahan, perkhemahan dan aktiviti air riadah harian bagi tujuan kerja-kerja pembersihan.

Muzium Perhutanan masih beroperasi seperti biasa setiap hari termasuk kelepasan hujung minggu dan cuti am.

Kawasan Kolam Taman Rimba Teluk Bahang akan dibuka semula setelah mendapat arahan rasmi selamat digunakan yang akan diumumkan kelak.

Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang

31 Januari 2020

ADUAN & MAKLUMBALAS

MAKLUM BALAS  -  (Borang Maklum Balas)

Kami amat mengalu-alukan maklumbalas / pertanyaan anda. Sekiranya maklumat terperinci yang diperlukan tidak terdapat di dalam web ini, keperluan anda akan dimajukan kepada bahagian yang berkaitan. Pertanyaan / aduan anda akan dijawab dalam tempoh 7 hari waktu bekerja.

BORANG ADUAN  -  (Borang Aduan)

Anda dialu-alukan menggunakan perkhidmatan ini jika anda mempunyai sebarang aduan mengenai Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang. Aduan anda akan membantu kami untuk meningkatkan mutu perkhidmatan sedia ada. 

ADUAN INTEGRITI  -  (Borang Aduan Integriti)

Anda dialu-alukan menggunakan perkhidmatan ini jika anda mempunyai sebarang aduan integriti mengenai Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia seperti salah laku kakitangan, kelemahan sistem dan tatacara kerja, perbuatan rasuah, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa*. Aduan anda akan membantu kami untuk meningkatkan profesionalisme, kecekapan dan tadbir urus di Jabatan kami. 

NOTA: Maklumat peribadi dan aduan integriti yang anda laporkan akan dilindungi dan dirahsiakan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711)

Pengumuman Penutupan Sementara Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam, Seberang Perai Utara

Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam (HPAHD), Seberang Perai Utara akan ditutup sementara untuk kegunaan orang ramai akibat kerosakan yang dialami susulan insiden fenomena ribut yang melanda Negeri Pulau Pinang pada malam 9 Ogos 2019. Keadaan ini menyebabkan pusat ini tidak selamat untuk digunakan oleh orang ramai pada ketika ini.

HPAHD akan dibuka secara berperingkat mengikut tahap keselamatan yang dibenarkan dan akan diumumkan kelak.

              a bcefghijk      

l logo pp  LOGO JPSMmnoqr  logo botani