• webmail en
  • tender en
  • statistic en

Notis

Kerajaan Persekutuan telah mengumumkan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB bermula 9 November - 6 Disember 2020.

Walaupun aktiviti riadah masih dibenarkan di semua Taman Rimba dan Taman Negeri di bawah Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang. Pengunjung perlu mengikuti SOP PKPB yang telah ditetapkan oleh MKN yang berkuatkuasa sepanjang tempoh PKPB (9 November - 6 Disember 2020) iaitu;-

  • Aktiviti rekreasi tanpa bersentuh fizikal
  • Tidak melebihi 10 orang
  • Aktiviti mandi-manda tidak dibenarkan.
  • Aktiviti berkelah/perkhemahan dan penganjuran sukan tidak dibenarkan.

Sentiasalah menjaga keselamatan kendiri.

Amalkan 3W dan elakkan 3S

Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Pulau Pinang

Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang telah mengadakan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Pulau Pinang 2016 dan Pelancaran Alat Automated External Defibrillator (AED). Program ini diadakan setiap tahun sebagai simbolik kepada usaha-usaha ke arah meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap  isu-isu berkaitan dengan pemeliharaan hutan.Tema sambutan Hari Hutan Antarabangsa pada tahun ini adalah 'Hutan untuk Kesejahteraan Masyarakat'. Majlis Perasmian Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Pulau Pinang 2016 dan Pelancaran Alat Automated External Defibrillator (AED) seperti ketetapan berikut  :-

Tarikh  :     02  April 2016 (Sabtu)
Masa   :     7.30 pagi
Tempat :    Taman Rimba Bukit Mertajam, Pulau Pinang
Perasmian  : YAB. Tuan Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang

 

PROGRAM SUKARELAWAN IM4U ”VOLUNTEER MALAYSIA 2015”

PROGRAM SUKARELAWAN IM4U ”VOLUNTEER MALAYSIA 2015”

Tarikh : 12 September 2015

Tempat : Kuala Muda, Penaga

Perasmian : YB Dato' Sri Reezal Merican Bin Naina Merican

Timbalan Menteri Luar Negeri

(Merangkap Ahli Parlimen Kepala Batas)

Pada 12 September 2015 telah diadakan Program Sukarelawan IM4U “Volunteer Malaysia 2015” Peringkat Negeri Pulau Pinang. Program ini bertujuan untuk menyuntik semangat kesukarelawanan dalam diri masing-masing supaya dapat menjadi pelajar yang sentiasa peka kepada masyarakat sekitar dan alam sekitar. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Sri Reezal Merican Bin Naina Merican, Timbalan Menteri Luar Negeri (Merangkap Ahli Parlimen Kepala Batas).

Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang telah bersama-sama membantu dan menjayakan program penanaman pokok dengan menyumbang sebanyak 80 pokok yang terdiri daripada pelbagai spesies pokok pesisiran pantai. Seramai 500 peserta sukarelawan IM4U telah mengambil bahagian dalam aktiviti penanaman pokok tersebut.

Gambar Sekitar program tersebut di facebook kami

PROGRAM HARI SUKARELAWAN MALAYSIA 2015 DI PARLIMEN BALIK PULAU

PROGRAM HARI SUKARELAWAN MALAYSIA 2015 DI PARLIMEN BALIK PULAU

Tarikh : 12 September 2015

Tempat : Pantai Malindo, Balik Pulau

Perasmian : Y.Bhg. Dato' Seri Dr. Hilmi Haji Yahaya

Timbalan Menteri Kesihatan

(Merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau)

Program Hari Sukarelawan Malaysia 2015 di Parlimen Balik Pulau telah diadakan pada 12 September 2015. Program Sukarelawan Malaysia melalui inisiatif 1Malaysia 4 Youth (IM4U) peringkat Negeri Pulau Pinang digerakkan oleh pelajar Universiti Sains Malaysia. Program ini bertujuan untuk menyuntik semangat kesukarelawanan dalam diri masing-masing supaya dapat menjadi pelajar yang sentiasa peka kepada masyarakat sekitar. Program ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Seri Dr. Hilmi Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan (Merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau).

Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang telah bersama-sama membantu dalam program penanaman pokok dengan menyumbang sebanyak 40 pokok yang terdiri daripada spesies Rhu Pantai, Bintangor Laut dan Kelat Jambu Laut. Seramai 300 peserta sukarelawan IM4U telah mengambil bahagian dalam aktiviti penanaman pokok tersebut.

Gambar Sekitar program tersebut di facebook kami

              a bcefghijk      

    l  Lambang P.Pinang (1) LOGO JPSMmoqr  logo botani