PROGRAM HARI SUKARELAWAN MALAYSIA 2015 DI PARLIMEN BALIK PULAU

PROGRAM HARI SUKARELAWAN MALAYSIA 2015 DI PARLIMEN BALIK PULAU

Tarikh : 12 September 2015

Tempat : Pantai Malindo, Balik Pulau

Perasmian : Y.Bhg. Dato' Seri Dr. Hilmi Haji Yahaya

Timbalan Menteri Kesihatan

(Merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau)

Program Hari Sukarelawan Malaysia 2015 di Parlimen Balik Pulau telah diadakan pada 12 September 2015. Program Sukarelawan Malaysia melalui inisiatif 1Malaysia 4 Youth (IM4U) peringkat Negeri Pulau Pinang digerakkan oleh pelajar Universiti Sains Malaysia. Program ini bertujuan untuk menyuntik semangat kesukarelawanan dalam diri masing-masing supaya dapat menjadi pelajar yang sentiasa peka kepada masyarakat sekitar. Program ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato' Seri Dr. Hilmi Haji Yahaya, Timbalan Menteri Kesihatan (Merangkap Ahli Parlimen Balik Pulau).

Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang telah bersama-sama membantu dalam program penanaman pokok dengan menyumbang sebanyak 40 pokok yang terdiri daripada spesies Rhu Pantai, Bintangor Laut dan Kelat Jambu Laut. Seramai 300 peserta sukarelawan IM4U telah mengambil bahagian dalam aktiviti penanaman pokok tersebut.

Gambar Sekitar program tersebut di facebook kami

              a bcefghijk      

    l  Lambang P.Pinang (1) LOGO JPSMmoqr  logo botani