Perutusan Pengarah

    PPNPENANG

Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang

Bersyukur saya kehadrat ALLAH S.W.T. kerana di atas limpah dan perkenannya maka Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang(JPNPP) telah dapat menzahirkan laman webnya sebagai wadah melebarkan lagi khidmatnya kepada masyarakat umum khususnya bagi penduduk negeri Pulau Pinang dan dunia luar amnya melalui teknologi maklumat terkini.

Sejak penubuhan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) pada tahun 1901 peranannya semakin berkembang selaras dengan perkembangan semasa. Justeru, pelbagai maklumat mengenai aktiviti pembangunan serta pengurusan sumber hutan perlulah dikongsi bersama oleh agensi-agensi kerajaan mahupun swasta tidak ketinggalan masyarakat umum.

Selaras dengan misi dan waw
asan, JPNPP telah melaksanakan enam (6) program utama iaitu Pengurusan Sumber Hutan, Pembangunan Sumber Hutan, Perhutanan Masyarakat, Pembangunan Tenaga Manusia dan Infrastruktur, Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar serta Publisiti dan Pengembangan Maklumat Perhutanan. Perlaksanaan program-program ini bertujuan bagi memastikan sumber hutan negeri ini diurus secara mapan dan faedahnya dapat dinikmati dan diwarisi secara berterusan oleh generasi akan datang.

Adalah menjadi harapan saya dengan wujudnya kemudahan Laman Web JPNPP, maka ianya berupaya menyalurkan pelbagai maklumat penting serta menjadi medan interaksi yang sihat ke arah mencapai pengurusan hutan secara berkekalan serta mampu menjana output dan outcome yang boleh memberi manfaat kepada negara secara keseluruhanya.
 
Akhir kata saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menlayari laman web ini, semoga laman web ini dapat membantu sesiapa sahaja dan di mana sahaja yang memerlukan maklumat berkaitan perhutanan di negeri Pulau Pinang khususnya. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan bolehlah hubungi terus Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang.

Sekian Terima Kasih

Rusli Bin Tahir

PENGARAH PERHUTANAN NEGERI PULAU PINANG

              a bcdefghijk      

l logo pp  LOGO JPSMmnoqr  logo botani