NOTIS AWAM

Posted in Info Perhutanan Pulau Pinang

NOTIS AWAM:
NOTIS PENUTUPAN HUTAN TAMAN NEGERI BUKIT PANCHOR, HUTAN TAMAN RIMBA BUKIT MERTAJAM, TAMAN RIMBA TELUK BAHANG DAN HUTAN PELAJARAN AIR HITAM DALAM

1) Adalah dimaklumkan bahawa ekoran daripada cuaca yang tidak menentu sedang dialami di Negeri Pulau Pinang, ianya turut mengakibatkan kejadian tanah runtuh, limpahan air sungai, kejadian pokok tumbang, dan menjejaskan jalan dan denai serta kemudahan rekreasi di semua hutan taman negeri, taman rimba dan hutan pelajarandi bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang ini.

2) Sehubungan dengan ini, bagi mengelakkan sebarang risiko dan menjamin keselamatan orang ramai, maka semua hutan taman negeri, taman rimba dan hutan pelajaran berikut adalah ditutup buat sementara waktu berkuat-kuasa serta-merta iaitu:-
i) Taman Negeri Bukit Panchor, Daerah Seberang Perai Selatan.
ii) Taman Rimba Bukit Mertajam, Daerah Seberang Perai Tengah.
iii) Taman Rimba Teluk Bahang, Daerah Barat Daya; dan 
iv) Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam, Daerah Seberang Perai Utara.

3) Penutupan ini adalah selaras di bawah seksyen 49, Akta Perhutanan Negara 1984, yang memperuntukan kuasa untuk menutup mana-mana hutan lipur (hutan terbuka) bagi menjamin keselamatan orang ramai.

4) Semua aktiviti orang awam di semua kawasan tersebut di atas adalah dilarang dan sebarang kelulusan oleh jabatan sebelum ini bagi sepanjang tempoh penutupan ini adalah terbatal.

5) Semua hutan taman negeri, taman rimba dan hutan pelajaran ini akan dibuka semula selepas keadaan kembali selamat dan kerja-kerja pembaikan telah selesai.

5) Sebarang kesulitan amat dikesali.

Dengan arahan;

PENGARAH PERHUTANAN NEGERI
PULAU PINANG

Keratan Akhbar 2017

Posted in Info Perhutanan Pulau Pinang

Tarikh Akhbar Tajuk Berita Keratan Akhbar
 26 Januari 2017 Harian Metro  Belajar Mengenal Alam  Belajar Mengenal Alam.pdf  
14 Februari 2017 Berita Harian Tambak Laut Tambak Laut.pdf
23 Mac 2017 Kosmo
Kawasan hutan simpan kekal diwartakan

Kawasan hutan simpan kekal diwartakan.pdf
24 April 2017 Harian Metro

"Main" lumpur tanam bakau

"Main" lumpur tanam bakau.pdf
27 Mei 2017 The Star Repeat offender gets off with another fine  Repeat offender gets off with another fine 

                                                                

PENUTUPAN SEMENTARA PORTAL

Posted in Info Perhutanan Pulau Pinang

[PENGUMUMAN] PENUTUPAN PUSAT DATA UTAMA PSUKPP BAGI TUJUAN PENYELENGGARAAN

Adalah dimaklumkan bahawa operasi Pusat Data PSUKPP akan ditutup bagi tujuan penyelenggaraan seperti ketetapan berikut :
 
Tarikh  : 12 April 2017 (Rabu)
Masa  : 5.30 petang - 8.30 malam

Adalah juga dimaklumkan bahawa semua perkhidmatan online Kerajaan Negeri akan 
ditutup untuk capaian melalui intranet dan internet sepanjang tempoh tersebut. Oleh yang demikian, mohon kerjasama semua untuk mengambil maklum mengenai perkara ini dan menghubungi pentadbiran ini jika tidak dapat mencapai mana-mana perkhidmatan online Kerajaan Negeri selepas masa dibuka semula.
              a bcefghijk      

l logo pp  LOGO JPSMmnoqr  logo botani